Thursday, December 3, 2015

V I G E N

V I G E N
Batch ke5 "Pendidikan Jasmani' di 
Universiti Pendidikan Sultan Idris.


ANUGERAH:

1. Batch yang mendapat Batch Terbaik sebanyak 3 kali 
2. Batch Pendidikan Jasmani terbaik antara 5 IPT
3. Mewakili Malaysia dalam sukan Kayak, Silat
4. MASUM dalam sukan Bola Sepak, Hoki, Softball, Takraw, Bola Tampar, Bola Baling



Monday, August 8, 2011

Nor Hidayah

Nukilan di malam hari sewaktu tidurku tak lena diganggu oleh wajah yang menggoda.

Nor Hidayah,
Cahaya dan Kurnia,
Indahnya namamu,
Secantik rupamu,
Senyum terukir di bibir rekah,
Mata menggoda setiap langkah,
Suaramu menusuk ke hati "pencinta". . .

Tatkala matahari petang ingin pulang,
Burung berkicau keriangan,
Matamu menatapi keindahan alam,
Yang penuh dengan ketenangan,
Selamat datang wahai bulan. . .

Mengharap aku pada Tuhan,
Moga diperkenankan doa dan harapan,
Tak lepas mata memandang,
Di antara bulan dan alam,
Hanya wajahmu terpampang. . .

Gila bayang aku seorang,
Bagai pungguk rindukan bulan,
Tidak ku sanggup lafazkan kalimah,
Kalimah agung yang mungkin binasa,
Kalimah agung yang mungkin tersiksa,
Dan kalimah agung yang mungkin bahagia. . .

Akur aku pada kenyataan,
haruskah aku terus melayani perasaan,
Cintaku padamu haruskah aku teruskan,
Kerana dirimu sudah berteman,
Tiada ertinya,
Apakah akhirnya,
Memendam rasa padamu seorang. . .

Sampaikan salam oh angin malam,
Padanya yang aku sayang,
Takkan luput di ingatan,
Walau cinta tak mungkin kesampaian,
Semoga berbahagia engkau dengannya,
Pilihan hatimu yang teristimewa,
Mengharap bulan jatuh keribaan,
Semoga jodoh kita bersama,
Andai itu TakdirNya. . .

Nor Hidayah,
Cahaya dan Kurnia,
Salam cinta aku hulurkan,
Mengharap sesuatu yang menyebalkan kalbu,
Aku, aku, aku dan kesepian,
Tinggalah aku dengan harapan,
Padamu. . . Seorang. . . . . . .

Friday, February 18, 2011

GentLeman

- Lelaki Gentleman -


elLow n Assalamualaikum. . .

Tima kasih kat korang yg baca post2 aku yg xseberapa neh

Akay, entry yg lepas aku cakap sal sukan bola sepak kn
s0 kali ney kita tengok lak sal jantan2 yg berangan2 nk jadi "gentlement" lak
(termasuk aku lew) huhu

Aku nk "cecite2" cket la sal "gentleman" ney


"Gentleman adalah suatu pilihan bukannya kemestian"


Jadi jejaka yg rasa hensem or buat2 hensem (padahal x hensem) korang baca lew k
Tip2 kelakuan seorang gentleman

1- Tampakkan wajah dengan senyuman
- Mesti senyum jgn dok masam jew mcm kerang busuk!!

2- Mudah mesra
- Mudah mesra bukan maksud menggatal k
3- Ucap terima kasih
- Selalu kena ucap terima kasih jika orang membantu
4- Berjiwa besar
- Jangan terlalu merandah diri
5- Muzik paling merdu
- Dengar muzik paling merdu untuk tenangkan jiwa

Ney la orang2 yg gentleman selalu praktik
s0 korang yg baru nk belajar atau ada angan2 nk jadi gentleman
korang follow jew tips ney
comform jadi nya

<> Semoga Berjaya <>

Friday, February 4, 2011

EPL Transfer January 2011

Memandangkan jendela perpindahan dah tutup s0 aku nak kasi taw korang la sedikit-sebanyak (walaupun sikit) pasal player2 yang dah blah dari kelab asal d0rang.


Kat sini aku juz nak gtaw 4 kelab gergasi EPL ( English Primer League). Yang penting kelab yang aku minat r that Manchester United and Chelsea, Arsenal, Liverpool walaupun Liverpool dah "down".


Skunk (masa blog di update) Man Utd masih lagi di puncak liga meninggalkan Arsenal, Man City, Chelsea and Liverpool no 7.


Moh lew kita tengok sapa yang nak sangat pindah tuu....



Manchester United

Ney ha..geng2 player Man Utd yang dah blah (Loan & Transfer)
gLory, gLory Man Utd!!



Arsenal

Yang ney lak player2 muda berpotensi Arsenal yang blah (Loan & Transfer)



Chelsea

Chelsea yang paling "terkezut". Apa tak nya depa bli tores cek oii



Liverpool


Pasukan yang akhir2 ney mental down..haha
Kenny Daglish jual Tores tapi nah amik hang, dia beli Luis Suarez ngn Carooll
Lagi 'power' Liverpool pasni.


Korang tengok senarai kat ats cmna,.??
Puas aty.??
cmna ngn kelab korang.??

Apa2 pun smoga berjaya kepada semua player2..
gLory, gLory Ma Utd!!!

Sunday, January 30, 2011

---> SeLumBar

aTyku kau guris bagi tertusuk selumbar, seLamat tggL waHai c!nTa. . . .

Kekasih ku seandainya
Cinta ku tanpa belaimu
Mentari pastikan tunduk
Berlalu hilang sinarnya

Kasihku gelita

Andaiku biar kau sepi
Sendirian membeku
Disaksi bulan kelabu

Inikah yang tertulis

Cinta yang kita bajai bersama
Hatiku telah kau hiris
Bagaikan tersusuk selumbar

Mana janji dulu

Mana sumpah setia
Mengapa berubah setelah ku curah segala
Mengapa murahnya kau niagakan cinta
Sedangkan ku letaknya di tahkta teratas

Monday, December 6, 2010

Tetamu Cinta

Duhai saudara2...Cinta itu di dalam hati...bagaikan kita punyai sebuah rumah...Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...Ada yang baik dan ada yang buruk.Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.


Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...Dan ketahuilah duhai saudara2ku...Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmusehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...


Kau gembira mendengarkannya...Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat...


Pintalah sang CINTA itu pulang...Beritahulah kepadanya... :Maafkan aku...Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...Kerana...Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,yang Maha Pengasih...


Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri...Terang dan menerangi...Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...


Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......


Duhai saudara2.....Sungguh cinta itu indah,Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...Tetapi bagi pelajar macam kita ???Cinta itu biasanya hanyalah musibah...Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintai ALLAH ?


katakanlah wahai saudara2ku...Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...Dan mengukuhkan tulangku...Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...Tutur bicara mulutku...


Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...Hidup dan matiku.......Segalanya untukNya......

Sunday, November 21, 2010

---> Padang Lalang <---

Langit telah pudar menutup bumi,
Cinta yang dula ada antara berlari,
Ketika impian dikatakan igauan,
Peperangan yang ngeri,
kita di dalam derita...

Dalam padang lalang medan arus mara,
Cinta yang jadi bunga memutik warna,
Dan bagai resmi lalang kau tunduk mengikut,
Di sini tergugur si kembang cina,
Di timbus sakura,
Bunga lalang merah semi...

Menjerit cinta hampa..menangis hiba,
Terhampar tenang padang lalang,
Terbang ditiup angin gugus tangkaimu,
Dan lalang itu tunduk tanpa pengorbanan...