Monday, December 6, 2010

Tetamu Cinta

Duhai saudara2...Cinta itu di dalam hati...bagaikan kita punyai sebuah rumah...Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...Ada yang baik dan ada yang buruk.Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.


Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...Dan ketahuilah duhai saudara2ku...Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmusehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...


Kau gembira mendengarkannya...Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat...


Pintalah sang CINTA itu pulang...Beritahulah kepadanya... :Maafkan aku...Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...Kerana...Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,yang Maha Pengasih...


Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri...Terang dan menerangi...Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...


Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......


Duhai saudara2.....Sungguh cinta itu indah,Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...Tetapi bagi pelajar macam kita ???Cinta itu biasanya hanyalah musibah...Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintai ALLAH ?


katakanlah wahai saudara2ku...Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...Dan mengukuhkan tulangku...Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...Tutur bicara mulutku...


Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...Hidup dan matiku.......Segalanya untukNya......

Sunday, November 21, 2010

---> Padang Lalang <---

Langit telah pudar menutup bumi,
Cinta yang dula ada antara berlari,
Ketika impian dikatakan igauan,
Peperangan yang ngeri,
kita di dalam derita...

Dalam padang lalang medan arus mara,
Cinta yang jadi bunga memutik warna,
Dan bagai resmi lalang kau tunduk mengikut,
Di sini tergugur si kembang cina,
Di timbus sakura,
Bunga lalang merah semi...

Menjerit cinta hampa..menangis hiba,
Terhampar tenang padang lalang,
Terbang ditiup angin gugus tangkaimu,
Dan lalang itu tunduk tanpa pengorbanan...

Friday, August 27, 2010

Tips Mengorat Perempuan Cara Mudah


Salam. Kali ni kite bersuke rie sket. Tak perlu entri yang heavy2. Kite layan kepale je. Buat entri2 pedas2 kang korang marah plak. So..kali ni post santai je. Bersempena dengan mmber aku nak kawin ari sabtu ni…jadi ak pikir aku bagila sket tips2 mengorat untuk para lelaki praktikkan terhadap awek2 di luar sana. Mungkin ada fakta yang boleh guna dan jugak mungkin ada auta. Tapi aku rasa auta je lebih. Wakakakaka. Diharap lepas ni korang takdela lonely lagi ye. Wakakakaka.


Cara Pemakaian

Tips ni memang senang. Tukar cara pemakaian korang kepada yang lbih sng mata memandang. Untuk contoh terdekat…aku bagi brader din beramboi la. Tgk die punye dressing..mantop je! Tiap2 hari konfem ade yang call nk ckp n bermesra dgn die. Bukan saja diminati aweks2 diluar sana malah korang leh jadi populer beb! Korang pakai je macam die..letak selipar jepun kat tangan..ikat tocang sket..pgg berus jamban..perut terlebih sket. Haaa…konfem pompuan menarik tertarik da bomb punyelah! Wooott!


Duit duit duit

Haaa…pompuan suke bebneo lelaki berduit betoi tak? Ok la..mungkin ada yang cakap tak. Kite tgk dari segi yang kata ya saje skrg ni. Jadi korang sebagai lelaki kena la berduit. Korang set masa la…cari geng…cari perkakas..resume..interview ape smue…pastu pegi rompak bank! Wahahahah! Kalau korang takut dan cuak je nk rompak bank. Aku bagi idea sket. Ape kate korang jadi macam warga asing pastu buatla pukau ke ape ke macam kat pasar payang tu. Haaa…konfem boleh punyela. Tak lame pastu korang kne tangkap duduk lokap…awek pon x dpat. Yang dapatnye makan free kat lokap. Ada kebaikan jugak rupenye. Wakakakakakakakakaak!

Kenderaan

Yang ni plak sng je. Tak perlu BMW ataupun Mercedes mahupun jet peribadi. Korang just perlukan sebuah motor EX5 yang dah di korek bloknye untuk dijadikan semakin laju dan laju dan laju! Ya..tepat sekali! Tukar profesyen menjadi mat rempit dengan motor EX5. Dengan itu korang akn menjadi seorang yang berkenderaan. Awek2 atau lebih tepat sekali minah rempit mesti tangkap cair punyelah. Ramai je awek2 nak naik meronggeng skali. Nak lagi ramai awek2 minahs2 rempit korang agkt a tayar depan. Pastu agkat tayar blakang. Tak cukup ngn tu korang eksiden je tros. Barulah senang sket kerja 2 polis trafik kat Malaysia ni ha. Takde susah2 nk cari korang dah. Hahahaah!

Pickup Line Yang Sesuai

Yang ni mesti ramai je yang google nanti kan. Taip “pickup line hebat” pastu search. Hahahaha! Meh ana kasi tips sket. Senang je ni. Kalau nampak je awek tgh jalan2 bawak beg berat..jangan tawarkan diri nk tolong. JANGAN! Nanti awek tu akn berubah menjadi orang yang tak berusaha dan pemalas. Jadi..korang just perlu bagi semangat je kat die. Contohnya macam “Cik adik memang kuatlah! Sikit je lagi nk smpai tingkt 5 cik adik! You can do this!” Haa…pickup line yang amat sesuai di situ. Situasi ke-2, awek tgh minum kat kafe..korang datang je kat die..pastu minum air die tu pastu blah. Tak perlu pickup line pon kan. Tak perlu berayat manis dan jiwang. Tindakan korang dah cukup untuk melambangkan segalanya dah! Tak perlu lagi “hai..boleh kenal?”..”name sape?” dan lain2..tgk keadaan pastu korang bantai je nk cakap ape. Tapi beware! Kemungkinan makan selipar awek tu yang bersaiz 5 atau 6 adalah amat tinggi! Wohh!

Tunjuk Body

Hahahahaah! Tak kesahlah body korang mcm ahli bina badan or macam bina badak. Korang tunjuka jela kat pompuan. Pompuan suke tgk kulit lelaki kot. Ntah arr…macam a diorang tu takde kulit. Muahahah! Nampak je pompuan lalu kat sebelah korang cepat2 buang baju. Buat2 macam panas ke ape ke. Paling tak pon korang buat macam agkat berat sket. Kasi naik sket muscle tu. Kalau tak naik gak musle tu..korang tolak ah dgn jari sket kasi naik. Diorang takkan perasan punyelah. Konpem!Tak kisahlah 6 packs ke 8 packs ke takde packs ke mahupun berlipat sekali pon. Perempaun just suke tgk badan laki or muscle diorang kot. Ntah a..macam auta je ni. Wakakakaa.

Saturday, July 24, 2010

Meniti Perjalanan

Kini ku sendirian
Meniti perjalanan
Jiwaku kehausan
Rindukan pertemuan..pertemuan..

Setelah kau ku tinggalkan
Ku diburu sesalan
Dosa-dosa silam
Ku pohon keampunan..keampunan..

Ingin menyusur kembali
Jalan yang kita lewati
Ingin daku ulangi
Bersamamu kasih.. ooo

Tapi sayangnya
Hatimu terkunci
Tiada ruang lagi
Untukku memberi.. ooo

Sayangnya
Kehadiran ini
Inginnya sekali
Tak lagi bererti
Apa yang dah mimpi
(tak lagi bererti tak seindah mimpi)

Ingin ku sendirian
Meniti perjalanan
Ku hadapi kenangan
Di dalam kesyahduan.. kesyahduan..